Followers

Thursday 20 June 2013

5 Makanan Pembakar Lemak Yang HEBAT







1. Teh hijau/ Green tea
Teh hijau atau green tea adalah pembakar lemak hebat dan juga berfungsi sebagai antioksidan semulajadi yang mampu menyingkir toksin dan radikal dalam badan terutamanya usus. Dengan mengambil ekstrak green tea akan dapat memecahkan lemak degil serta menurunkan kadar kolesterol dalam darah anda. Pengambilan green tea atau teh hijau semulajadi 2-3 kali sehari mampu membakar lemak dalam badan anda.



2. Delima
Delima juga antara makanan yang baik untuk membakar lemak yang bagus.Delima dikenali sebagai makanan anti oksidan dan baik untuk kesihatan usus. Dengan memakan delima 1 biji sehari anda dapat membakar lemak dengan cepat dan menyingkirkan toksin yang berlebihan didalam badan.





3. Minyak ikan
Dengan mengambil minyak ikan dalam diet pemakanan kita seharian dapat membantu mngurang lemak dan kolesterol jahat dalam tubuh badan.Minyak ikan mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin E yang bagus untuk kesihatan jantung.


berries


4. Berries
Buahan ini baik untuk membakarr lebih lemak dalam makanan harian anda.Pengambilan berries juga membantu menyingkir radikal bebas dalam badan.





5. Air
Dengan meminum air kosong dan mineral 2-4 liter sehari mampu menyingkir lemak dalam badan anda.Selain tu dengan pengambilan air yang mencukupi anda akan dapat menyingkir toksin yang berbahaya dalam badan.Setiap 25 kg berat badan anda memerlukan 1 liter air. ika berat badan anda 100kg anda memerlukan 4 liter air sehari.

11 Kesan Sampingan HEBAT dengan pengambilan L-Carnitine





L-carnitine disintesis dalam badan daripada asid amino lisin dan methionine. Tanpa mengira apa bentuk badan anda dan matlamat kecergasan, kehilangan lemak atau mendapatkan otot yang sasa, peluang anda untuk mencapai kejayaan akan meningkat jika anda mempunyai l-carnitine dalam elemen makanan tambahan anda. Kajian tentang l carntine telah dilakukan seawal 1937. Mari kita lihat beberapa faedah dan kesan l-carnitine kepada kesihatan anda.

1. Kehilangan Lemak
Jika anda sedang merancang untuk menurunkan berat badan atau ingin kuruskan badan, carntine adalah asid amino yang anda perlukan. L-carnitine pemindahan rantai asid lemak, seperti triglycerides kepada mitochondria, di mana mereka boleh dioksidakan untuk menghasilkan tenaga. Carnitine juga berkesan untuk mengurangkan keletihan dan t sebagai penahan selera. Oleh itu, l-carnitine akan menjadi aset utama apabila anda berdiet.
Ia bukan sahaja akan membantu menjaga tubuh anda daripada menyimpan lemak, tetapi ia akan meningkatkan keupayaan aerobik anda untuk membantu anda membakar lebih banyak kalori.


2. Membina Otot
L-carnitine adalah juga bahan yang hebat untuk anda mencapai dan mencari pek pada otot. L-carnitine boleh membantu anda meningkatkan kekuatan anda dan lebih kekuatan bermakna otot yang lebih besar dalam jangka masa panjang.


3. Membina kekuatan Tulang
Faktor usia dan penuaan akan menyebabkan kehilangan kekuatan tulang akan menjadi kebimbangan kepada ramai orang dan wanita pasca menopaus. Sudah tentu ini boleh membawa kepada peluang meningkat kerapuhan tulang ,patah, osteoporosis, dan artritis di kalangan penyakit tulang yang lain. Mujurlah, dengan mengambil l-carnitine, anda boleh melambatkan proses kehilangan kekuatan tulang dan meningkatkan sifat-sifat struktur tulang mikro dengan mengurangkan kerapuhan tulang.


4. Sihatkan Jantung
Beberapa ujian klinikal menunjukkan bahawa L-carnitine boleh digunakan bersama-sama dengan rawatan konvensional untuk angina dan mengurangkan keperluan untuk penggunaan ubat. Beberapa kajian telah ditentukan bahawa mengambil l-carnitine selepas serangan jantung mengurangkan risiko mengalami satu lagi serangan jantung. Carnitine sebenarnya telah diberikan untuk membantu merawat yang berpenyakit jantung.


5. Rawatan Buah Pinggang
Buah pinggang anda menghasilkan carnitine jadi secara semula jadi apabila orang telah didiagnosis atau mungkin mempunyai penyakit buah pinggang, carnitine adalah disyorkan untuk membantu membentuk untuk kekurangan carnitine untuk masalah buah pinggang.


6. Ketidaksuburan Lelaki
Bagi lelaki yang ingin mempunyai zuriat dan mempunyai kiraan sperma rendah, carnitine telah dicadangkan untuk diambil untuk membantu mereka meningkatkan kedua-dua bilangan sperma dan kualiti sperma.


7. Baik untuk wanita menyusukan anak
Ibu yang menyusukan anak baik untuk mengambil L carntine kerana ia memberi tenaga tambahan ketika proses penyusuan.


8. Baik untuk Diabetes Tahap 2
Orang yang mempunyai diabetes Tahap 2 juga boleh mendapat manfaat daripada suplemen carnitine. Mengambil L-carnitine membantu pesakit kencing manis dengan meningkatkan pengoksidaan glukosa, penyimpanan glukosa, serta pengambilan glukosa.


9. Sistem Imun
L-carnitine berfungsi sebagai antioksidan yang boleh membantu mencegah kerosakan yang dilakukan kepada sel-sel yang sihat anda oleh radikal bebas.


10. Fungsi Otak
Membantu meningkatkan fungsi otak dan lebih baik daripada gingko biloba. L-carnitine membantu melindungi otak daripada usia kedua-dua berkaitan dan kerosakan tekanan yang berkaitan dengan otak yang membantu ia berfungsi lebih panjang dan lebih baik.


11. Penawar Untuk Keracunan Asid Valproic
Walaupun ia tidak mungkin menjadi satu isu bina badan, terdapat beribu-ribu kes yang didokumenkan asid valproic dilaporkan setiap tahun. Walaupun tidak mampu untuk berkhidmat sebagai penawar tetapi dengan mengambil l-carnitine dapat membantu anda mengelak dan mengalami keracunan yang berbahaya ini.

Tuesday 18 June 2013

Cabaran Lansing!!

Memang mencabar.. Sgt2 mencabar.. Nak pulak badan aku ni type  yg mmg susah nk predict.. Ade mase, makan kaw2 tp berat static.. Kadang2, x makan sgt tp badan debab membengkak.. Haihhh la badan..

Ok seperti yg kawan2 aku sedia maklum.. Aku nie mmg jenis chubby. Pernah kurus.. Yes Of course la aku pernah kurus.. Tp itu 7 thn dulu la.. Tp xde la kurus sgt.. Berat aku 7thn lepas adalah 52kg.. Dengan ketinggian aku yg x berapa nk tinggi nie.. Ideal dh kut.. Dh tahap cutting model..oppsss.. !! **mode: perasan**

Tp sejak aku kawen 4 thn lepas.. Segala macam  alignment tubuh aku dh jd haru biru.. 3 bulan pertama kawen je berat aku zuppppp naik mncanak ke 58kg.. Ini serius!! Tp, die bkn suka2 nak naik ok.. Sbnrnya aku pregnant tem tu.. So leh mahap la naik almost 5kg in 3 mos after get married kan?.. Mase kawen on Mac 2009 tu berat aku 53kg jer.. ;)

Genap 8bln hamil, aku pun bersalin.. On Mac 2010.. Berat last aku mencapai ke angka... Erm.. Hampir2 cecah 80kg taw.. To be exact 78kg.. Baby yg lahir.. X smpi pun 3kg.. Nmpk sgt maknya yg gabak.. Sob sob sob.. Then.. Aku jangka and plan nk pantang kaw2.. So i can get back my previous body figure.. Tp hampehhh..plan mmg tinggal plan je lah.. Berat aku ade la turun sket.. Mmg turun but not less than 70kg..  jarum penimbang tu duk main2 je kat angka 70kg ke 75kg tu.. Mebi sbb aku bersalin czer.. Feel useless.. Hurggghhh..

Then, tahun 2011 aku gigih nk lost weight.. rasa benci dgn bentuk tubuh.. Benci dgn saiz2 baju.. Benci dengan saiz2 seluar.. It's XL saiz ok.. :(..  klo suar tu plak. Saiz 36 oke.. Homaiii.. Dr saiz 28 bleh btukar menjadi gorgon bersaiz 36/XL.. Mmg sgt  useless.. So hasil dr kegigihan aku yg x seberapa tu.. Aku berjaya la hilang beberapa kg.. From 75kg to 68kg.. Itupun selepas setahun ye..  it's not  as ezy as u think.. So dh leh pakai baju saiz L n suar saiz 34.. Alhamdulillah...

Tapi... Tapiiii... On Mac 2012.. Aku mengandung lagi.. After 3 bln hamil.. Berat aku naik secara cemerlang gemilang n terbilang semula.. It's turned to 73kg yer.. Again.. Jumpa lagi aku dgn angka 7 di depan tu (sigh).. Mujurlah hamil kali kedua nie berat aku x naik mencanak.. And sperti dijangka.. Masuk 8bln.. aku pun bersalin.. Berat last aku tem tu 81kg.. Oke.. Angka 8 kat depan tu mmg sgt tak cantik kan.. Have to buang angka 8 tu jauh2.. By hook or by crook! X kira lah..

And alhamdulillah.. Lepas 6 bulan bersalinkan anak kedua nie.. Aku berjaya jauhkan berat badan aku dr angka 8 tu.. Agak jauh la jgk.. Wink wink wink.. And im really happy.. My weight was 67kg(timbangan 2bln lepas).. Almost 14kg from my last weight before deliver my 2nd boy.. Rahsianya?.. No rahsia rahsia lah.. Aku juz makan beberapa jenis  suplement from Shaklee, actually penah try Shape Plus jugak for a month but then i prefer to continue with Shaklee product  and i consumed it til now.. Ianya murah dan bkesan.. ayat yg lebih tepat.. Produk ni sesuai n serasi dgn tubuh aku..

Now selepas 8 bln bersalinkan si Ariq, berat aku  dhpun  berjaya cecah 62kg and aku masih lagi gigih utk turunkan berat badan nie. Almaklumlah lagi beberapa hari dah nak stat bulan puasa kan.. So target aku, klo bleh menjelang raya nnt harap2nya berat aku dpt la menurun ke angka 5 dihadapannya.. Target sebenar pada angka 55kg tp klo dpt 58kg pun dh besar rahmat pada aku.. InsyaAllah, akan aku usahakan.. Doakan aku ye kawan2..

xoxo,
Ibu Alif Ariq



Sunday 16 June 2013

MMS Pengubat Rindu

Dah seminggu x jumpa anak2 sejak hantar dorang balik Ipoh minggu lepas.. Mujurlah ade tokma Dorang yg ade tepon x bape canggih tu and agak terer jgk men mms...  so mmg aku dpt ubat rindu kat dorang dengan tgk pic2 yg tokma dorang mms je lah.. Haihhhhh la hati.. Bertabah lah.. Sob sob sob..


Mode : Gila Memborong!!

Semenjak naik keje lepas bersalinkan Ariq nie.. Mood nk melaram dengan baju2 baru makin menjadi2.. Dh banyak tahun aku xmbeli baju kurung.. Jenis men sarung je baju2 lama.. Penah smpai 1 tahap.. Aku amik je baju mak2 aku yg die dh x muat.. Yg tu la jadi baju2 baru aku.. Baru pada aku la maknenya..
So kali nie.. Kebetulan pulak kat opis nih ade plak yg rajin menjual baju2 readymade.. Mmg aku grab la 3-4pasang.. Cantik2 bajunya.. Harga pun berbaloi la dgn kuality yg aku dpt..  Nak pulak dh nak raya ni kan.. Harus lah melaram sakan..  Ni pun masih ade 10 pasang yg belum dihantor ke tailor.. Agak2 ade lg ke tailor nk amik tempah dh dekat2 nk puasa ni?? 
Pg td je aku baru amik lg 2 pasang..  klo cite kt laki aku.. Kompom lah die tepuk dahi.. Tp xpe.. Bkn beli paki duit die pun kan.. Setahun sekali je mborong baju lebih sket.. Ye tak.. K lah.. Jom layan beberapa helai baju yg aku dh pakai pun.. X nyempat la katekan. Ala.. Bknnya ade sape taw pun kt kg tu yg baju2 aku ni dh siap pakai..khennnnn.. So layannnnnn...




baju nie paling murah.. nie beli kt Butik Lily Pj
 


yang nie beli kat Azreen Pengurusan...Paisley
Printed ..
yg nie order kat  adikakdik.

yang diborong jumaat lepas..

nie yang baru amik td..
 


gila babeng banyak..

sob sob sob.. 


Saturday 15 June 2013

Selamat Hari Bapa!!

Ucapan Selamat Hari Bapa ini ditujukan buat ayah kepada anak-anak saya iaitu Amir Hamzah Nisman, juga buat abah saya, Sokafly Bin Mat Nasir dan tak lupa juga buat bapa mertua saya, Nisman Bin Abdul.. Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kerana tanpa anda  (dan pasangan), tiadalah kami/anak2 kami hari ini. Segala jasa dan pengorbanan, kerja keras dan penat lelah.. sungguh x ternilai dan x mampu utk diungkapkan dengan kata-kata. Terima kasih ayah, abah dan bapak.

Selamat Hari Bapa juga kepada semua yang bergelar bapa di dunia ini..


*Plan : belanja ayah Alif & Ariq makan and tengok wayang ;)

Friday 14 June 2013

Updates!!

Lama sgt dah x apdet kan.. Last entry di blog Kak Kiwi rasenya bulan Nov last year.. Perghhhhh.. Lama giler.. Dasar blogger cabuk.. Klo dlu sehari 3-4 entry.. Skang smpi dh berabokkk.. Teruk betul.. T__T
K.. Ni  kira apdet terkini la dr aku ye..  ;)

 
si ariq yang dh nk masuk 8 bln on 17th
June nie..


 
si abang.. Alif yg dh pun berusia genap 3 tahun 3 bulan hari ini


 
2 beradik yg sgt kamcing..


 
 berkongsi apa sahaja..


 
dan si ibu yg ... hurmmmm.. yg mcm kome tgk dlm gambo nie ler..;)

Kembali Dengan Nafas Baru..

Hai.. miss me?..no!!! ok fine...terhasilnya blog bru nie kes aku malas nk buat entry kt pc.. Nk senang je aku ni kan.. Buat entry from hp jer.. Handy sgt kann. so itu je alasan i ols knp tetibe kak kiwi @ sijemaridompot.blogsot.com di pindahkan ke sini. kepada sape2 yg x sempat nk khatam blog
Kak kiwi, g klik kat tab atas tu yer.. situ ade aku
linkkan terus blog lame aku dgn blog baru ni.. senang keje kan..


Jgn marah or meluat or menyampah k.. ampunkan patik.. hihihi



*nah layan dlu muka tuan tanah and 2 hero kesayangan.